Self-styled prophet talks about lewd acts
HARUN MAT Saat, who claims to be the prophesied messiah Imam Mahdi, talked about lewd acts during a series of "religious" ceramah aimed at promoting his get-rich-quick scheme, reported Harian Metro.
Imam Mahdi is prophesied to appear on earth to establish a reign of peace and righteousness before doomsday.
Mat Saat, 45, who is on Bank Negara's wanted list, claims he has the power to reposition the moon, sun and stars.
The tabloid also reported that Bank Negara, which is investigating an alleged scam involving Harun and five other individuals, had frozen Harun's assets worth RM200mil.
Kalam Abdullah, 30, who attended one of his ceramah, was quoted as saying that Harun claimed he did not have to pray because he could meet and communicate with God.
--The Star/ANN
Ustaz ‘songlap’
DIKEHENDAKI…(dari kiri), M Bakri, Dahlan David, Ramunatul Aida, Abd Halim dan Zainal diburu BNM berhubung penipuan skim cepat kaya.
KUALA LUMPUR: Seorang ustaz yang mengaku bergelar Datuk, antara enam individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kes penipuan skim cepat kaya dan pengambilan deposit secara haram membabitkan penyelewengan mencecah RM200 juta sejak Disember 2008.
Suspek, Harun Mat Saat, 45, yang beralamat terakhir di 70, Rumah Murah Kos Rendah, Telaga Daeng Satu, Seberang Takir, Kuala Terengganu dipercayai menjadi dalang bagi projek pelaburan dijalankan syarikatnya, Dina Group Sdn Bhd.
Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat BNM, Abu Hassan Alshari Yahaya berkata, dua ahli lembaga pengarah syarikat terbabit ditahan dan sedang menjalani proses perbicaraan.
Bagaimanapun, Harun dan dua lagi pengarah syarikat itu iaitu M Bakri Kamaruddin, 50, dan Zainal Md Yusof, 47, melarikan diri dan gagal dikesan hingga kini.
Siasatan mendapati akaun ketiga-tiga mereka memiliki wang tunai RM200 juta, menyebabkan akaun mereka kini dibekukan BNM, katanya ketika ditemui Harian Metro di Ibu Pejabat BNM.
Sumber : Harian Metro
http://www.hmetro.com.my/articles/Artisterpalittarikpelabur/Article/
USTAZ HARUN...diburu BNM
KUALA LUMPUR: Penganjuran konsert membabitkan artis popular tanah air antara taktik licik Ustaz Harun atau Harun Mat Saat untuk menarik orang ramai melabur dalam skim cepat kaya dianjurkan syarikatnya, Dina Group Sdn Bhd (Dina Group).
Akibatnya, artis turut menjadi mangsa lelaki berusia 45 tahun itu yang kini menduduki senarai teratas individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) membabitkan penyelewengan wang kira-kira RM200 juta.
Bekas penyampai radio popular, Isma Halil Hamzah, berkata selainnya lebih 20 artis mendaftar sebagai ahli dan menjayakan Konsert Malam Seribu Karya Rock Rohani di Stadium Malawati Shah Alam pada pertengahan April 2009.
Menurut Isma Halil yang bertindak sebagai pengacara pada konsert itu, antara artis yang membuat persembahan ialah Amy Search, Jamal Abdillah, Ramli Sarip, Mawi, Yantzen, Rahmat (Mega) dan Nazrey (bekas vokalis Raihan).
“Kami tidak menyangka konsert itu mempunyai agenda tersembunyi dan lebih mengecewakan artis yang membuat persembahan langsung tidak menerima bayaran seperti dijanjikan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.