Ahad, 11 Julai 2010

PERBICARAAN DINA ISNIN 19 JULAI - 21 OGOS


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.



Peringatan ini secara langsung menjemput semua mangsa Dina Brunei yang berminat, ke upacara berikut:



PEMBICARAAN PAN PHOENIX DINA DAN PENGARAHNYA



HAKIM: Honourable Justice Dato Paduka Steven Chong


TARIKH: ISNIN 19 JULAI 2010 hingga 21 OGOS 2010


MASA: 09:00 pagi


TEMPAT: HIGH COURT (Mahkamah Tinggi, Brunei)


PAKAIAN: Kemas, Seluar panjang dan kasut. Topi, kecuali topi keagamaan, tidak di galakkan. Dan Baju tebal sebab hawa dingin.



Jika ada mana2 pelabur yang ada maklumat, bukti, gambar, video, mahupun persoalan, sila kunjungi Tingkat 7 di Kementerian Kewangan Negara Brunei Darussalam secepat mungkin.



Secara lazim, pembicaraan adalah terbuka kepada orang ramai. Di harap dengan kehadiran kita semua akan menunjukkan kedahsyatan angkara Dina dan kekuatan semangat orang Brunei yang tidak akan kalah melawan musuh.



Untuk maklumat semua, Pembicaraan bukan pendengaran biasa seperti yang sebelum ini. Kini Hakim Besar akan mendengarkan semua bukti dan hujah yang akan di bentangkan semua pihak, sebelum menjatuhkan hukuman. Di Mahkamah Tinggi, proses ini mungkin akan mengambil beberapa hari/minggu.



Jumpa nanti. Semoga usaha dan doa kita di restui dan berhasil. Sekian wasalam.



Sila kunjungi http://www.judicial.gov.bn/ untuk maklumat rasmi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan